Wednesday, September 2, 2009

Wife with SLE

Salam.. just coretan untuk renungan.. until now dah 5 tahun wife aku suffer penyakit nie dan selama itula juga aku meniti hidup seharian bersamanya n anak tersayang.. oh yea.. tentang SLE.. masih ramai lagi org yang tak paham tentang penyakit nie.. bagi mereka penyakit ini macam penyakit biasa atau terkena buatan orang.. pada mulanya aku n wife berfikiran cam tu gak.. lama2 bila makin teruk akhirnya rawatan hospital yg jadi pilihan.. puas jugak ar aku merantau mencari ubat ngan wife aku.. asal tau je ada rawatan alternatif or tradisional or moden semua kiteorang pegi.. akhirnya kami GIVE UP.. bukan ape coz kalau dah sampai nak melibatkan kehilangan nyawa.. Aku X SANGGUP.. now alhamdulillah walaupun x 100% sihat at least she still beside me n anak..

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Lupus mengambil sempena nama `serigala' dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.

Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.

Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.

Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.

Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis

- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit

- Buah Pinggang (still under treatment kemoterapi)
* gejala nie menunjukkan air terkumpul dalam bahagian kaki pesakit yang membengkak n membesar..

- Sistem Saraf
- Gugur rambut (dah tumbuh semula tapi lambat)
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka


- Kiraan darah putih yang rendah - kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf
  • yang aku tandakan merah tu adalah apa yang telah n sedang wife aku alami sekarang.. alhamdulillah ada yang dah ok tapi bila yang lain ok then datang lagi gejala yang lain plak.. sekarang dah ada KATARAX kat selaput mata.. nak drive or baca x brp jelas.. aku takut die xcident je coz sekolah aku ngan sekolah die x sama.. [to be continue]