Wednesday, October 28, 2009

Rawatan Alternatif SLE

SLE merupakan sejenis penyakit autoimun yang sukar diubati dengan pengubatan moden dan sehingga kini masih ada ubat yang benar-benar boleh merawat penyakit nie. Ubat-ubat yg wife aku makan nie pun bak kata doktor cuma pinjam dari sakit lain. Kalau nak 100% bergantung pada ubat doktor aku rasa cam x patut pla. At least aku ikhtiar le nak cari produk-produk yang ada kat pasaran nie. Macam-macam gak lar aku n isteri cuba. Spirulina, Susu awal lembu, Aloe Vera, Gamat, Herba hatta sampai perubatan Cina pun aku cuba. Dalam banyak2 nie yg aku konfiden pada perubatan Cina. Yela mereka dah amalkan sejak lama dulu. Even sebelum aku lahir pun benda nie dah ada. Cuma kiteorang terkilan coz tempat tu jauh sgt le kat Bidor. Perubahan memang ada cuma LAMBAT.. Dalam setahun lebih kiteorg berubat adala dalam 20% sembuh. Kena fikir soal keselamatan gak beb coz nak kesana makan masa 5 jam. Nak tunggu wat rawatan lagi kekadang makan masa 4 jam. Lama giler tu. Alih2 jumpa x smp 30 minit. Tak ke hanginn satu badan. Tu belum kira kos ubat n perjalanan lagi. Sekali jumpa mau cecah RM800 gak.

Pengalaman lain dalam merawat pesakit SLE menunjukan kesembuhanya dan sangat bergantung kepada displin pesakit terhadap ubat. Biasala.. kalau hari2 nak melantak ubat yang banyak sapa x tension. Dalam hal nie, pasangan pesakit perlu banyak sabar dalam menghadapi kerenah si pesakit. Pelik gak aku ngan doktor nie.. Bagi ubat byk2 lepas tu kalau x jadi suruh kurangkan plak.. Kata jgn bagi pesakit tension.. Mana satu mau ikut daaa... Bagila doktor pakar check bini aku woii.. budak2 medical yang baru nak belajar yg dioerg baginye.. Dahla soal mcm2, tiap kali jumpa org lain, dtg bulan depan doktor lain, kalau mcm tu bagi aku jadi doktor jela. Kalau amik peksa pasal SLE komfirm leh lulus hehehee..

Emm berbalik pada rawatan alternatif. Ramai yang mencadangkan wife dirawat dengan perubatan tradisional le, Terapi aura le, alternatif le, urut le dan mcm2 lagi ar..Yg kiteorg nie ikut lar.. kalau berjaya alhamdulillah, kalau gagal ermmm mencari lagi. Ohh ya.. lupa sekarang nie tgh cuba Darul Syiffa.. Setakat nie yg aku tgk "benda" yg ada dalam bdn isteri aku nie kejap masuk n kejap keluar.. mcm iklan biskut pun ada gak.. kejap ada kejap xde.. Takut?? ermm seram je tapi biasa ar lelaki kena IMAN kuat beb.. Mak mertua aku smp tiga ari baru ilang takut.. Bak kata die " kaki mak nie Mie, kalau pijak tanah rasa cam x jejak je.. Lutut nie rasa gigil semacam".. Sian aku tgk mak mertua aku nie.. Sabar yea mak.. Selama wife aku sakit nie diala tempat mengadu aku selain mak aku yang tercinta.. Segala suka dan duka ditanggung bersama.. Thanks to my lovely MoMs..

Selain tu adala gak cuma satu produk kesihatan nie. Bagus gak ubat nie. Setakat nie aku rasa ubat nie antara yg terbaik. Ok ar kot bagi pesakit2 yang TAKUT makan ubat. Mana taknye.. ambik ubat n telan je.. Senang je kan.. Cuma satu jela.. ubat nie MAHAL.. tapi buatpe nak berkira sangat.. Kesihatan paling penting. Kalau dah sakit baru nak cari ubat ape cite? Syukur le selagi kita mempunyai badan yang sihat dan kuat masa kita masih muda.. Bila dah tua ermm mcm2 le penyakit mula datang.. Masa tu mulala cari ubat tula, ubat niela.. cucuk sana cucuk tang sini plak hehehe.. Masa sihat le kena banyak beringat.. Renung-renungkan..


KENAPA PENYAKIT LAMBAT SEMBUH?


"
MAKANAN KEPADA PENYAKIT IALAH PEMIKIRAN YANG NEGATIF"...(Prof B.Siegel)
"ORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF 10 KALI GANDA LEBIH PELUANG UNTUK MENDAPAT SAKIT BERBANDING ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF"



Ok ar.. stop sini dulu. Tujuan aku hanyalah untuk menyampaikan sedikit ilmu untuk manfaat kita bersama. Oleh itu teruskan membaca, semoga mendapat manfaat. Wassaalam..


Thursday, October 1, 2009

Sambungan Pasal SLE

Peluang kehamilan

Sebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.

  • * so far alhamdulillah.. baby makin membesar ngan sihat n wife slightly better.. tapi masih bergantung lagi ngan ubatle.. banyak plak tu.. sian plak aku tgk bini aku nie telan smp 20 bijik pil sekaligus.. pahit dahle.. senang katanye ar coz kalau nak telan sebijik sebijon brp lama nak abis.. now dah kurang sikit masuk ubat kat hospital cuma kena hantar darah ke hospital je tiap2 minggu ( maksud aku kena pantau keadaan darah)..
Ok la kali ni nak cerita pasal 20 bijik ubat yang bini terpaksa telan setiap hari. Memang tak menarik pun. Sekarang ni dah sampai mood malas makan ubat tapi aku layan jela die. Sampai dia bosan giler. Adala kekadang tu mengelat gak x makan satu dua jenis..

Prednisolone – Tak boleh ngelat mkn. Mesti makan kalau x badan lesu n penat je..
Perindopril (coversyl-g) – ni pun ubat hypertension. Kecik je.
Calcium carbonate
Calcitriol – yang ni sebenarnya vitamin
Pantroprazole – ni ubat gastrik. Ubat dah banyak perut pun tak tahan so kena la makan ubat gastrik jugak.
dan adala lagi ubat baru Wafferin untuk cairkan darah coz now ada certain tempat kat dalam badan wife aku lebam.. Doc kata darah beku so nak cairkan darah beku dieorg bagila mkn Wafferin jela.. Ada lagi tapi nantila.. kecik2 tulisan.. malas nak baca.. nanti kalau ada masa kiteorg bgtaula..

Ok ar kot.. dah ngantokksss ar plak.. sambung lagi.....