Monday, January 7, 2013

Tadaaa.. Memblog semula

Ya Allah.. lamanye x meng'update'.. nampak sangat sibuk kan... hahaha.. mmg pun sbb last year adalah tahun utk balas dendam n kuat kerja.. mula bulan 8 smpaila ke bulan 12 mmg x berenti kerja je.. bayangkanla bulan 8 wife dah admit wad sbb kreatinin dah 400 lebih.. masa tu preg dah nak masuk 6 bulan lebih so ulang alik ke hospital jela nampaknya.. bulan 9 ngam2 cukup 7 bulan pregnant (28 weeks) kreatinin dah naik smp 600 n kaki dan naik bengkak so doktor suggest operate takut effect kat baby plak.. So dengan berat 865 gram (seriusss.. mmg kecik.. x sampai 1 kilo tu beb) maka lahirla putera aku yang diberi nama Ahmad Hariz Zhafran.. gambar jap yea aku korek2 kat phone nnt.. Alhamdulillah dapat sepasang.. Yang pompuan dan nk masuk 6 tahun pada tahun ni ..Okla tu.. dapat gentel2 baby balik.. dah lama x merasa... hahaha..
Biasala bila hujung tahun, bulan 9, 10, 11 dan 12 budak2 sekolah sibuk peksa.. UPSR, PMR, SPM, STPM.. macam2.. hmm dah dilantik so kenala jalankan tugas kt kawasan.. Jenuh gakla nak bangun pagi2 ni..Kena bukak bilik kebal, edar soalan, mengawas kawasan.. Sib baik wife ok.. (Kekadang tu bising gak.. tp die faham tugas aku camne.. )
Okla.. nnt sambung lagik.. Chow

Wednesday, February 15, 2012

Merawat SLE ( Systematic Lupus Erythematosus)

Wife aku merupakan salah satu pesakit yang mengidap SLE sejak 8 tahun lalu. Selain menggunakan ubat yang disyorkan oleh doktor, suplemen2 yang lain juga penting bagi mengawal penyakit ini dari menjadi aktif. Jika dulu dia menggunakan suplemen yang lain namun kini sejak ada Monavie nie alhamdulillah penyakitnya dapat dikawal.

Ketika Mengidap SLE




Selepas Menggunakan Jus Monavie







Friday, February 10, 2012

Rawatan Alternatif Untuk Mengawal Penyakit SLE & Buah Pinggang

Syukur alhamdulillah.. setelah lama tidak menulis dalam blog ini akhirnya aku berkesempatan untuk melakukannya. Rasanya hampir setahun jugak tidak menulis.. Bukan apa, kerja yang teramat sibuk tambahan lagi si kenit, Qistina Zahra dah masuk tadika. Sedikit sebanyak rutin dah berubah, kerja dah ikut waktu pejabat n waktu cuti pun dah tak sama dengan orang rumah. Bila rutin dah berubah so planning dah lari jauh.  Dulu satu sekolah senang tp sekarang sorang gi utara n sorang lagi g ke selatan.
Oh yea.. tentang transfer factor tu aku akui ramai yang x mampu nak beli. Orang tanya mmg ramai tp bila tanya tentang harga semua orang senyap jek.. Harga mahal kot.. Yela sebotol dalam RM 180 ada  60 biji. sebulan kena makan dalam 3 botol so harga total dah RM540. Kena maintain adatla dalam perniagaan.
Now wife dah beralih ke produk yang lain tp khasiat n kebaikannya masih sama dengan Transfer Factor.Jus MonaVie. Rasa ramai dah tau tentang produk nie cuma kiteorang je yang ketinggalan kot.Tu pun mak aku yang perkenalkan. Syukur alhamdulillah, lepas minum 3 botol perkembangannya mengagumkan. Bacaan SLE wife aku makin stabil, bacaan fungsi buah pinggang bertambah baik dan kitaran haid menjadi stabil ( wife aku pregnant setelah 5 tahun menunggu tp last2 keguguran.Setelah mengambil jus ni tau). Satu lagi mata pun makin stabil. Yela dulukan wife aku ada katarak so bila minum jus nie alhamdulillah, penglihatan makin stabil tp x lah sembuh sepenuhnya macam orang biasa. At least terkawal la kann.
Jadi dari cerita diatas, permulaan mengguna adalah sangat penting bagi orang-orang yang ada banyak penyakit ataupun yang ingin mengekalkan tahap kesihatan. Janganla berkira sangat tentang duit kerana rezeki tetap ada dimana-mana asalkan kita ikhlas dalam pekerjaan kita. Semoga info ini dapat membantu anda sekurang-kurangnya mengawal penyakit dari menjadi lebih teruk. Sedikit sebanyak aku dapat menyebarkan kebaikkan jus ini untuk kebaikkan bersama. 



Drink It, Feel It, Share It..
Anything tentang testimoni or cara penggunaan bole call aku 0197720094.


Wednesday, June 1, 2011

Life As PPPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Salam semua.. rasanya agak lama aku tak menulis dalam ruangan ini.. untuk pengetahuan semua aku dah dipinjamkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Muar bermula pada bulan 8 tahun lepas.. maksudnya body aku kat sekolah cuma aku menjalankan kerja-kerja pentadbiran di PPD.. di sini tugas aku adalah untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang merupakan salah satu cabang dalam peperiksaan awam. Dalam hal ini aku perlu memastikan agar sekolah dapat melaksanakan pentaksiran dan penilaian kepada para pelajar seiring dengan kehendak peperiksaan iaitu UPSR, PMR dan SPM. Sibuk gak ah kerja kat cni memandangkan aku dikehandaki mengurus peperiksaan di daerah.

Ohh yea.. berkaitan dengan pengumuman oleh TPM merangkap Menteri Pelajaran, peperiksaan UPSR dan PMR kini akan mengalami penambahbaikan. Bukannya pemansuhan seperti yang diwar-warkan pada mula-mula dulu. Insyallah.. kalau ada kelapangan aku akan update info2 berkaitan PBS ini aga masyarakat faham apakah penambahbaikan yang disebutkan oleh aku tadi.
Untuk tahun 1 hingga tahun 6, UPSR akan mengalami perubahan dari segi format.. dalam hal ini peperiksaan akan melibatkan 60% dan 40 % lagi adalah pentaksiran yang guru jalankan di sekolah-sekolah. 60% maksudnya masih lagi pihak Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan soalan dan diuji kepada para pelajar manakala 40% lagi akan dinilai oleh guru mata pelajaran yang mengajar. Bagi melengkapkan pengetahuan guru-guru di sekolah maka banyak juga kursus aku kena buat. Dari guru tahun 1 hinggalah kepada guru-guru besar di daerah. Syukur alhamdulillah aku mendapat bantuan yang baik dari Jururlatih-jurulatih Utama di daerah. Semangat juga la bekerja. Lain sikit suasana di sini berbanding di sekolah. Kat sekolah kita hanya terlibat dengan PnP sahaja tetapi di sini banyak kerja kena buat dalam satu-satu masa. Tapi kalau dah minat.. so go on jelahh... Thanks kepada isteri yang banyak membantu dan bagi sokongan.

Sunday, August 1, 2010

Latihan Kebakaran SMKPP


Latihan Kebakaran SMKPP telah diadakan pada 15.07.2010 yang lalu pada jam 9.40 pagi. Jangkamasa yang diambil pula kurang daripada 5 minit. Adalah menjadi harapan Pengetua sekolah agar warga sekolah mengikut arahan yang telah ditampal pada setiap bangunan moga sebarang kecelakaan dapat dihindari pada masa hadapan.

Tuesday, July 13, 2010

KELAS LATIH TUBI

"Kelas latih tubi akan bermula pada 12.07.2010 sehingga 08.10.2010. Memandangkan kehadiran pelajar untuk kelas tambahan yang bermula pada bulan April yang lalu amat mendukacitakan, pihak sekolah telah sebulat suara bersetuju agar kelas tambahan digantikan dengan kelas latih tubi. Pelajar- pelajar tidak akan dibenarkan balik dan akan terus mengikuti kelas yang dijalankan pada waktu petang iaitu sehingga jam 4.00 petang. Ibu bapa dinasihatkan untuk membekalkan pelajar dengan makanan /wang saku. "
Emm.. bagus gak idea x benarkan pelajar balik sbb banyak alasan yang aku terima dr mereka. Alhamdulillah setakat ni semua berjalan dengan lancar. Di harap program ini mendapat sokongan dari ibu bapa pelajar. Bagi para pelajar, berusahalah untuk mencapai yang terbaik.


JADUAL KELAS LATIH TUBI TINGKATAN 5
MASA : 2.30 - 4.00 PETANG


JADUAL MINGGU 1/3/5/7/9/11/13

HARI
5P1
5P2
RABU
SC
MM


JADUAL MINGGU 2/4/6/8/10/12

HARI
5P1
5P2
RABU
MM
SC

Wednesday, July 7, 2010

HARI TERBUKA SMK PESISIRAN PERDANA 2010


Buat julung kalinya SMKPP, Ledang telah mengadakan Hari Terbuka 2010 pada 2 Julai yang lepas. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Kehadiran ibu bapa amat mengalakkan terutama Ting. 1 hingga Ting 3. Aturcara majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Pada pelajar kelas 5P1, terima kasih atas kesedaran dan tanggung jawab anda. Kirim salam pada ibu dan bapa anda di atas kehadiran mereka ke sekolah. Di harap pada masa yang akan datang, makin ramai ibu bapa yang akan hadir ke sekolah memantau prestasi anak-anak mereka. Untuk berjaya, kerjasama pihak ibu bapa dan sekolah amat penting bagi melonjakkan prestasi sekolah ini.