Monday, December 28, 2009

Rawatan SLE menggunakan Transfer Factor

APA ITU TRANSFER FACTOR??

Susu ibu adalah yg terbaik..didalamnya juga mengandungi transfer factor,yang memberikan pengalaman kpd anak untuk mengenali pelbagai penyakit,yg di pindahkan kpd anak melalui penyusuan.ibunya..dan seterusnya menguatkan sistem imun..si anak.Sebab itu anak yg mendpt CUKUP susu ibu , biasanya lebih sihat dan susu ibu memang sangat2 digalakkan ..
-Transfer Factor merupakan satu penemuan bersejarah oleh para saintis dr 60 buah negara ..hasil kajian selama 50 thn. TF mula djumpai dlm sel darah putih pd th 1949 dan TF telah berjaya diEKSTRAK dari haiwan bertelur dan yg beranak DAN mula di pasarkan serta dipatenkan oleh Syarikat 4life pada 1998.
-TF adalah "molekul pendidik sistem imun" (immune IQ).1biji (200mg) berpotensi mengenali lebih dari 100,00 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, dan juga sel kanser. Maklumat IQ yang terkandung dalam TF merangsang sistem imun untuk menyerang segala "penceroboh"dan sel2 "rosak" (berpenyakit) didalam badan.
-Molekul TF diastrak dpd kolustrum (susu awal lembu) dan kuning telur.Walau bagaimana pun TF tiada mengandungi antibodi khusus spt yg terdapat didlm kolustrum (haiwan). Oleh itu,TF tidak memberi sebarang kesan elergi kpd pengguna.
-TF disenaraikan dlm "PDR"(Physicians Desk Reference)-buku rujukan para doktor dihospital dan klinik2.









Emm melalui testimoni dah terbukti transer factor mampu mengawal penyakit SLE wife aku nie dari terus aktif.. aku x kata sembuh 100% cuma melalui pengamatan aku ubat nie mampu untuk mengawal penyakit ini dari aktif menyerang organ2 penting dalam badan.. Wife aku kata makan ubat nie perut sentiasa kenyang n bole ar kawal selera makan.. al maklum ar predniselone nie kan steriod so badan mudah naik.. asyik komplen kat aku je berat badan dah naik mendadak.. so aku pun join ar sekali mkn ubat nie.. biasa ar dah kawin berat badan naik terutama tang PERUt.. Ok insyallah nanti aku upload testimoni dr pengguna lain plak.. PERCAYALAH.. walaupun ubat nie mahal tapi fikir-fikirkan lah berapa KOS RAWATAN PERUBATAN anda kalau dah jatuh sakit nanti.. Renung-renungkan lah yea

Wednesday, October 28, 2009

Rawatan Alternatif SLE

SLE merupakan sejenis penyakit autoimun yang sukar diubati dengan pengubatan moden dan sehingga kini masih ada ubat yang benar-benar boleh merawat penyakit nie. Ubat-ubat yg wife aku makan nie pun bak kata doktor cuma pinjam dari sakit lain. Kalau nak 100% bergantung pada ubat doktor aku rasa cam x patut pla. At least aku ikhtiar le nak cari produk-produk yang ada kat pasaran nie. Macam-macam gak lar aku n isteri cuba. Spirulina, Susu awal lembu, Aloe Vera, Gamat, Herba hatta sampai perubatan Cina pun aku cuba. Dalam banyak2 nie yg aku konfiden pada perubatan Cina. Yela mereka dah amalkan sejak lama dulu. Even sebelum aku lahir pun benda nie dah ada. Cuma kiteorang terkilan coz tempat tu jauh sgt le kat Bidor. Perubahan memang ada cuma LAMBAT.. Dalam setahun lebih kiteorg berubat adala dalam 20% sembuh. Kena fikir soal keselamatan gak beb coz nak kesana makan masa 5 jam. Nak tunggu wat rawatan lagi kekadang makan masa 4 jam. Lama giler tu. Alih2 jumpa x smp 30 minit. Tak ke hanginn satu badan. Tu belum kira kos ubat n perjalanan lagi. Sekali jumpa mau cecah RM800 gak.

Pengalaman lain dalam merawat pesakit SLE menunjukan kesembuhanya dan sangat bergantung kepada displin pesakit terhadap ubat. Biasala.. kalau hari2 nak melantak ubat yang banyak sapa x tension. Dalam hal nie, pasangan pesakit perlu banyak sabar dalam menghadapi kerenah si pesakit. Pelik gak aku ngan doktor nie.. Bagi ubat byk2 lepas tu kalau x jadi suruh kurangkan plak.. Kata jgn bagi pesakit tension.. Mana satu mau ikut daaa... Bagila doktor pakar check bini aku woii.. budak2 medical yang baru nak belajar yg dioerg baginye.. Dahla soal mcm2, tiap kali jumpa org lain, dtg bulan depan doktor lain, kalau mcm tu bagi aku jadi doktor jela. Kalau amik peksa pasal SLE komfirm leh lulus hehehee..

Emm berbalik pada rawatan alternatif. Ramai yang mencadangkan wife dirawat dengan perubatan tradisional le, Terapi aura le, alternatif le, urut le dan mcm2 lagi ar..Yg kiteorg nie ikut lar.. kalau berjaya alhamdulillah, kalau gagal ermmm mencari lagi. Ohh ya.. lupa sekarang nie tgh cuba Darul Syiffa.. Setakat nie yg aku tgk "benda" yg ada dalam bdn isteri aku nie kejap masuk n kejap keluar.. mcm iklan biskut pun ada gak.. kejap ada kejap xde.. Takut?? ermm seram je tapi biasa ar lelaki kena IMAN kuat beb.. Mak mertua aku smp tiga ari baru ilang takut.. Bak kata die " kaki mak nie Mie, kalau pijak tanah rasa cam x jejak je.. Lutut nie rasa gigil semacam".. Sian aku tgk mak mertua aku nie.. Sabar yea mak.. Selama wife aku sakit nie diala tempat mengadu aku selain mak aku yang tercinta.. Segala suka dan duka ditanggung bersama.. Thanks to my lovely MoMs..

Selain tu adala gak cuma satu produk kesihatan nie. Bagus gak ubat nie. Setakat nie aku rasa ubat nie antara yg terbaik. Ok ar kot bagi pesakit2 yang TAKUT makan ubat. Mana taknye.. ambik ubat n telan je.. Senang je kan.. Cuma satu jela.. ubat nie MAHAL.. tapi buatpe nak berkira sangat.. Kesihatan paling penting. Kalau dah sakit baru nak cari ubat ape cite? Syukur le selagi kita mempunyai badan yang sihat dan kuat masa kita masih muda.. Bila dah tua ermm mcm2 le penyakit mula datang.. Masa tu mulala cari ubat tula, ubat niela.. cucuk sana cucuk tang sini plak hehehe.. Masa sihat le kena banyak beringat.. Renung-renungkan..


KENAPA PENYAKIT LAMBAT SEMBUH?


"
MAKANAN KEPADA PENYAKIT IALAH PEMIKIRAN YANG NEGATIF"...(Prof B.Siegel)
"ORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF 10 KALI GANDA LEBIH PELUANG UNTUK MENDAPAT SAKIT BERBANDING ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF"



Ok ar.. stop sini dulu. Tujuan aku hanyalah untuk menyampaikan sedikit ilmu untuk manfaat kita bersama. Oleh itu teruskan membaca, semoga mendapat manfaat. Wassaalam..


Thursday, October 1, 2009

Sambungan Pasal SLE

Peluang kehamilan

Sebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.

  • * so far alhamdulillah.. baby makin membesar ngan sihat n wife slightly better.. tapi masih bergantung lagi ngan ubatle.. banyak plak tu.. sian plak aku tgk bini aku nie telan smp 20 bijik pil sekaligus.. pahit dahle.. senang katanye ar coz kalau nak telan sebijik sebijon brp lama nak abis.. now dah kurang sikit masuk ubat kat hospital cuma kena hantar darah ke hospital je tiap2 minggu ( maksud aku kena pantau keadaan darah)..
Ok la kali ni nak cerita pasal 20 bijik ubat yang bini terpaksa telan setiap hari. Memang tak menarik pun. Sekarang ni dah sampai mood malas makan ubat tapi aku layan jela die. Sampai dia bosan giler. Adala kekadang tu mengelat gak x makan satu dua jenis..

Prednisolone – Tak boleh ngelat mkn. Mesti makan kalau x badan lesu n penat je..
Perindopril (coversyl-g) – ni pun ubat hypertension. Kecik je.
Calcium carbonate
Calcitriol – yang ni sebenarnya vitamin
Pantroprazole – ni ubat gastrik. Ubat dah banyak perut pun tak tahan so kena la makan ubat gastrik jugak.
dan adala lagi ubat baru Wafferin untuk cairkan darah coz now ada certain tempat kat dalam badan wife aku lebam.. Doc kata darah beku so nak cairkan darah beku dieorg bagila mkn Wafferin jela.. Ada lagi tapi nantila.. kecik2 tulisan.. malas nak baca.. nanti kalau ada masa kiteorg bgtaula..

Ok ar kot.. dah ngantokksss ar plak.. sambung lagi.....

Wednesday, September 2, 2009

Wife with SLE

Salam.. just coretan untuk renungan.. until now dah 5 tahun wife aku suffer penyakit nie dan selama itula juga aku meniti hidup seharian bersamanya n anak tersayang.. oh yea.. tentang SLE.. masih ramai lagi org yang tak paham tentang penyakit nie.. bagi mereka penyakit ini macam penyakit biasa atau terkena buatan orang.. pada mulanya aku n wife berfikiran cam tu gak.. lama2 bila makin teruk akhirnya rawatan hospital yg jadi pilihan.. puas jugak ar aku merantau mencari ubat ngan wife aku.. asal tau je ada rawatan alternatif or tradisional or moden semua kiteorang pegi.. akhirnya kami GIVE UP.. bukan ape coz kalau dah sampai nak melibatkan kehilangan nyawa.. Aku X SANGGUP.. now alhamdulillah walaupun x 100% sihat at least she still beside me n anak..

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Lupus mengambil sempena nama `serigala' dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.

Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.

Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.

Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.

Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis

- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit

- Buah Pinggang (still under treatment kemoterapi)
* gejala nie menunjukkan air terkumpul dalam bahagian kaki pesakit yang membengkak n membesar..

- Sistem Saraf
- Gugur rambut (dah tumbuh semula tapi lambat)
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka


- Kiraan darah putih yang rendah - kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf
  • yang aku tandakan merah tu adalah apa yang telah n sedang wife aku alami sekarang.. alhamdulillah ada yang dah ok tapi bila yang lain ok then datang lagi gejala yang lain plak.. sekarang dah ada KATARAX kat selaput mata.. nak drive or baca x brp jelas.. aku takut die xcident je coz sekolah aku ngan sekolah die x sama.. [to be continue]

Tuesday, August 18, 2009

Tupperware

Aku sangat kusut bulan nie.. banyak benda nak kena settlekan before cuti.. kerja, wife n anak, rumah sewa, kereta and so on.. kusut ada, geram ada n menyampah pun ada.. Banyaknye KERJAAAA... Arghhh takpela..aku cuma menjalankan tugas yang dijalankan dengan penuh amanah n tanggungajawab..Cukupla..Hope dapat selesaikan semua urusan nie before the end of the month..gaji awal plak tu.. mana nak korek duit..

Dalam sibuk2 camnie pun sempat gak member aku promote tupperware kat aku.. Arghh..ape aku nak buat ngan benda nie.. Nak jual ke? Ntahla.. Aku ingat nak promote kat blog nie dulu la selain kat kwn2 seperjuangan.. So jamu mata anda dgn klik CATALOG TUPPERWARE diatas (*nie online catalog tau) tapi kalau nak katalong betul pun aku ada.. sms nama n alamat nanti aku antar F.O.C dan lobangkan sedikit akaun bank kalau minat nak beli….hehehehee

kalau minat contact/sms aku: 019-7720094

Thursday, August 6, 2009

SMK Pesisiran Perdana



Minggu nie genapla sebulan aku bertugas di sekolah baru.. banyak keja yang nak kena settle b4 pindah sepenuhnya ke bangunan baru.. well cam biasala fail-fail n data kena siap.. hopefully dapat ar aku siapkan satu persatu..

Sedikit gambaran sekolah baru ( kata bos sekolah cam nie ada 2 je kat Malaysia)
emm teruja gak nak g tapi bila ntah nak siap.. Sian plak kat wife aku coz jumpa die waktu malam je.. Pagi die keja, aku kat umah.. Ptg aku keja, die plak kat umah... Nasib2.. Insyallah siap kot bulan 8 nie.. Aman sikit dunia huhuhu..

Tuesday, June 16, 2009

Testimoni As Seen On TV3 & TV9

Penyelidikan dan testimoni di Jepun semenjak tahun 1950 an mendapati penyakit-penyakit seperti di bawah dapat dikurangkan dengan meminum air beralkali biotenaga tinggi :

· Artritis
· Pedih ulu hati
· Keletihan yang kronik
· Masalah penghadaman
· Kekejangan kaki
· Tekanan darah tinggi
· Masalah peredaran darah
. Migrain
· Rasa loya
· Masalah berat badan
· Osteoporosis
· Psoriasis (penyakit kulit)
· Tekanan
· Penyakit hati – hepatitis, sirosis, barah
· Pankreas – pancreatitis, kencing manis, barah
· Buah pinggang – nefritis, nephrosis, barah

Wednesday, June 10, 2009

AIR BERTENAGA UNTUK KESIHATAN

Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?
Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada molekulmolekul yang kecil dan tersusun rapat supaya dapat menembusi sel-sel badan dengan mudah dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:
  • Penghadaman;
  • Menyingkirkan bahan buangan;
  • Melicinkan sendi-sendi;
  • Mengimbangkan suhu badan;
  • Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
  • Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.
Menurut laporan WHO mengenai air minuman seisi rumah, didapati 1.6 juta kes kematian diarea yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan air minuman yang tidak selamat dan persekitaran yang tidak bersih. Maka, memilih sebuah penapis yang berkesan adalah sangat penting. Bagaimana menentukan keberkesanannya?

Air minuman yang disalurkan keluar dari paip air rumah saya kerap tercemar. Adakah Bio Aura dapat mengatasi masalah ini? Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia memenuhi piawaian WHO tentang air yang sihat:
  • Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
  • Unsur-unsur mineral yang seimbang;
  • Nilai pH cenderung kepada alkali;
  • Molekul-molekul yang kecil.
Apakah kelebihan air Bio Aura?
Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.

Mengapa kita perlu meminum air yang beralkali?

Susuk badan yang bersifat neutral atau beralkali adalah paling baik untuk sel-sel, kerana dapat membantu dalam metabolisme badan, menyingkirkan bahan yang belum dihadam dan toksin, meringankan beban organ-organ dalaman dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Sebaliknya, susuk badan yang bersifat asid membebankan ginjal dan hati, mudah berlakunya penyakit tamadun serta berasa letih, tidak sabar, gemuk, tertekan, tidak cukup tidur dan mengalami penuaan sebelum usia.




BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA
Sila hubungi En. Huzaimi
di no h/p :019-7720094
atau anda boleh hantar e-mail kepada :

*MILIKI SET BIO AURA DENGAN ANSURAN MUDAH RM 50/RM 100/RM200 sebulan tanpa interest!

Thursday, June 4, 2009

Almost 3 years after birth


Dalam kesibukan kerja seharian, diam x diam rupanye dah nak 3 tahun umurnya si qistina nie.. emm dah besar rupanye anak dara aku yang sorang nie.. tiap2 ari ade je benda yang nak wat aku n wife marah... macam2 perangai sampai pening kepala aku dibuatnye... org kata budak yg lahir x cukup bulan nie perangai die LIGAT sikit.. betul ke? ntahla tapi kalau tgk pada perangai skrg memang betul kott.. dulu masa kat dalam inkubator baikkk sgttt tapi bila dah keluar melihat dunia emm paham2 jela... rasanye ramai gak menghadapi masalah cam aku nie kot.. bila jumpa kwn2 semua cite pasal anak mereka.. memang SAH!!! lebih kurang sama je perangai...

before

after