Thursday, October 1, 2009

Sambungan Pasal SLE

Peluang kehamilan

Sebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.

  • * so far alhamdulillah.. baby makin membesar ngan sihat n wife slightly better.. tapi masih bergantung lagi ngan ubatle.. banyak plak tu.. sian plak aku tgk bini aku nie telan smp 20 bijik pil sekaligus.. pahit dahle.. senang katanye ar coz kalau nak telan sebijik sebijon brp lama nak abis.. now dah kurang sikit masuk ubat kat hospital cuma kena hantar darah ke hospital je tiap2 minggu ( maksud aku kena pantau keadaan darah)..
Ok la kali ni nak cerita pasal 20 bijik ubat yang bini terpaksa telan setiap hari. Memang tak menarik pun. Sekarang ni dah sampai mood malas makan ubat tapi aku layan jela die. Sampai dia bosan giler. Adala kekadang tu mengelat gak x makan satu dua jenis..

Prednisolone – Tak boleh ngelat mkn. Mesti makan kalau x badan lesu n penat je..
Perindopril (coversyl-g) – ni pun ubat hypertension. Kecik je.
Calcium carbonate
Calcitriol – yang ni sebenarnya vitamin
Pantroprazole – ni ubat gastrik. Ubat dah banyak perut pun tak tahan so kena la makan ubat gastrik jugak.
dan adala lagi ubat baru Wafferin untuk cairkan darah coz now ada certain tempat kat dalam badan wife aku lebam.. Doc kata darah beku so nak cairkan darah beku dieorg bagila mkn Wafferin jela.. Ada lagi tapi nantila.. kecik2 tulisan.. malas nak baca.. nanti kalau ada masa kiteorg bgtaula..

Ok ar kot.. dah ngantokksss ar plak.. sambung lagi.....

1 comment:

  1. askum..1st time g blog ko nih...
    Mie...bykkan sabar... yang penting, dorongan & galakan dr org2 sekeliling..aku pun ada kawan yang SLE...

    ReplyDelete