Wednesday, June 9, 2010

Cuti Sekolah.....

Masuk hari nie dah 5 hari cuti sekolah. Walaupun cuti aku x tau nak g mana.. masa kerja asyik pk nak cuti now bila dah cuti terfikir2 nak g cuti ke mana.. Kelas tambahan plak cuma 27 orang je datang arinie.. apa nak jadi dengan 22 orang lagi anak-anak muridku.. syukur la 27 orang datang.. sib baik gabung kelas.. kalau x gabung alamat boleh dikira ngan jari le.. Cian aku tgk dgn 22 org lagi tu.. Agak2 gi mana yea.. Hukuman apa plak yang patut aku beri pada mereka2 nie.. anak2 zaman sekarang.. Lebih pentingkan hiburan drpd ilmu yang bole membantu hidup mereka di kemudian hari.. letih ar bercakap tapi tindakan macam sambil lewa sahaja.. Biarla.. nak fikir byk2 pun ada dieorg fikir pasal perasaan aku... Lagi pun cuti skrg nie.. Aku rasa nak lapangkan fikiran dulu, nikmati cuti yang ada n bila naik sekolah nanti baru ar rancang apa yang nak buat pd budak2 nie..
Waktu malam plak ada kenduri arwah pakcik aku.. Arinie kira malam ke 7 die meninggal.. Kejap je rasa masa tu berlalu.. Moga roh uncle MAHADI SAMAD dicucuri rahmat... ramai gak yang hadir.. Alhamdulillah.. jamuan pun sedap.. Moga murah rezeki auntie Yah..
Emmm.. sok PTK.. harap2 dapat le jawab walaupun x baca.. kalau ada rezeki insyallah lulus.. Aku doakan agar diriku n wife berjaya ke hendaknya.. Insyallah..

No comments:

Post a Comment