Monday, February 22, 2010

myMetro | Penyakit Nuraini hampir sembuh





salam.. info pasal pesakit nie kat metro.. kalau cerita kat semua org, mesti satu Malaysia kenal ar ngan budak nie.. cuma die bernasib baik coz Sultan Pahang prihatin dan sudi membiayai kos rawatan beliau di hospital.. mau cecah ribu2 gak ar kos rawatan die.. Well.. selamat membaca
myMetro | Penyakit Nuraini hampir sembuh

Saturday, February 6, 2010

Testimoni SLE

Sejak akhir2 ni keja byk bertimpa-timpa.. perlahan2 aku cuba siapkan satu persatu agar hasilnya memuaskan hati semua org.. oh ya.. adala kawan2 tanya pasal TF nie.. aku cakap benda nie mmg bagus dan aku sendiri pun bila sakit or demam telan je 2-3 biji insyallah.. baik keesokkan harinya.. benda baik mesti ar dikongsi bersama.. bukan nak promote cuma bila dah rasa sendiri baru leh cerita kebaikkan benda nie kat org lain..betul x?? jangan bila dah sakit barula nak mencari ubat yang sesuai
Macam sakit wife aku nie.. semua org x percaya betul ke wife aku nie sakit??? SLE tu apa? simptomnye macamane? Korang tengok ar sendiri gambar nie sebelum sakit, semasa sakit dan keadaan wife aku sehingga kini.. Percaya atau tidak?? heheheh


Thursday, January 28, 2010

Wednesday, January 13, 2010

Awal tahun punya cerita

Dalam diam rupanya dah masuk minggu ke 2 persekolahan bermula.. macam2 ragam boleh dilihat.. tambahan pulak sekolah aku nie sekolah baru.. so proses pendaftaran tu mcm kelam kabut sikit ar.. ada yg nak daftar anak sekolah, ada yg nak tukar anak sekolah, nak bayar yuran, nak beli buku so macam2 ar... SABO jela kann.. tapi tula kan bila dah jadi cikgu nie mcm2 kena uruskan.. nama je cikgui tapi jadi kerani bole, jadi pegawai bank bole, jadi pegawai pendaftar bole.. bak kata semua ar keja di pulun..
emm.. ntahla.. dah aku pilih nak ke profesion pendidikan so terima jela seadanya.. dulu masa interview semua sanggup tapi bila dan alamai sendiri perghhh macam2 dugaan.. harap dapat ar bertahan..
Masuk minggu kedua nie dah mula ar meeting n pertandingan sukan.. baru lepas meeting pasal parlimen pagoh then lepas nie nak hantar pelajar ke paertandingan catur plak.. harap2 adala yang menang.. x sempat nak latih langsung.. pemilihan pun setakat tangkap muat n berdasarkan minat pelajar.. yela permainan yang memerlukan daya pemikiran yang tajam.. sapa nak?? penat ooo nak kena perah otak rancang strategi.. Sian plak aku kat student aku kat ting 5.. yela dah 3 hari x belajar...Insyallah, aku akan cuba cari waktu yg sesuai nak ganti kelas..
Oh.. ada lagi data guru, murid n staf x siap lagi.. emm cuba ar wat skit2 nanti.. kalau x siap parah nanti.. semua kena siap bulan Januari nie.. Insyallah.. Bole punya ar...

Monday, December 28, 2009

Rawatan SLE menggunakan Transfer Factor

APA ITU TRANSFER FACTOR??

Susu ibu adalah yg terbaik..didalamnya juga mengandungi transfer factor,yang memberikan pengalaman kpd anak untuk mengenali pelbagai penyakit,yg di pindahkan kpd anak melalui penyusuan.ibunya..dan seterusnya menguatkan sistem imun..si anak.Sebab itu anak yg mendpt CUKUP susu ibu , biasanya lebih sihat dan susu ibu memang sangat2 digalakkan ..
-Transfer Factor merupakan satu penemuan bersejarah oleh para saintis dr 60 buah negara ..hasil kajian selama 50 thn. TF mula djumpai dlm sel darah putih pd th 1949 dan TF telah berjaya diEKSTRAK dari haiwan bertelur dan yg beranak DAN mula di pasarkan serta dipatenkan oleh Syarikat 4life pada 1998.
-TF adalah "molekul pendidik sistem imun" (immune IQ).1biji (200mg) berpotensi mengenali lebih dari 100,00 jenis kuman, virus, kulat, parasit, bakteria, dan juga sel kanser. Maklumat IQ yang terkandung dalam TF merangsang sistem imun untuk menyerang segala "penceroboh"dan sel2 "rosak" (berpenyakit) didalam badan.
-Molekul TF diastrak dpd kolustrum (susu awal lembu) dan kuning telur.Walau bagaimana pun TF tiada mengandungi antibodi khusus spt yg terdapat didlm kolustrum (haiwan). Oleh itu,TF tidak memberi sebarang kesan elergi kpd pengguna.
-TF disenaraikan dlm "PDR"(Physicians Desk Reference)-buku rujukan para doktor dihospital dan klinik2.









Emm melalui testimoni dah terbukti transer factor mampu mengawal penyakit SLE wife aku nie dari terus aktif.. aku x kata sembuh 100% cuma melalui pengamatan aku ubat nie mampu untuk mengawal penyakit ini dari aktif menyerang organ2 penting dalam badan.. Wife aku kata makan ubat nie perut sentiasa kenyang n bole ar kawal selera makan.. al maklum ar predniselone nie kan steriod so badan mudah naik.. asyik komplen kat aku je berat badan dah naik mendadak.. so aku pun join ar sekali mkn ubat nie.. biasa ar dah kawin berat badan naik terutama tang PERUt.. Ok insyallah nanti aku upload testimoni dr pengguna lain plak.. PERCAYALAH.. walaupun ubat nie mahal tapi fikir-fikirkan lah berapa KOS RAWATAN PERUBATAN anda kalau dah jatuh sakit nanti.. Renung-renungkan lah yea

Wednesday, October 28, 2009

Rawatan Alternatif SLE

SLE merupakan sejenis penyakit autoimun yang sukar diubati dengan pengubatan moden dan sehingga kini masih ada ubat yang benar-benar boleh merawat penyakit nie. Ubat-ubat yg wife aku makan nie pun bak kata doktor cuma pinjam dari sakit lain. Kalau nak 100% bergantung pada ubat doktor aku rasa cam x patut pla. At least aku ikhtiar le nak cari produk-produk yang ada kat pasaran nie. Macam-macam gak lar aku n isteri cuba. Spirulina, Susu awal lembu, Aloe Vera, Gamat, Herba hatta sampai perubatan Cina pun aku cuba. Dalam banyak2 nie yg aku konfiden pada perubatan Cina. Yela mereka dah amalkan sejak lama dulu. Even sebelum aku lahir pun benda nie dah ada. Cuma kiteorang terkilan coz tempat tu jauh sgt le kat Bidor. Perubahan memang ada cuma LAMBAT.. Dalam setahun lebih kiteorg berubat adala dalam 20% sembuh. Kena fikir soal keselamatan gak beb coz nak kesana makan masa 5 jam. Nak tunggu wat rawatan lagi kekadang makan masa 4 jam. Lama giler tu. Alih2 jumpa x smp 30 minit. Tak ke hanginn satu badan. Tu belum kira kos ubat n perjalanan lagi. Sekali jumpa mau cecah RM800 gak.

Pengalaman lain dalam merawat pesakit SLE menunjukan kesembuhanya dan sangat bergantung kepada displin pesakit terhadap ubat. Biasala.. kalau hari2 nak melantak ubat yang banyak sapa x tension. Dalam hal nie, pasangan pesakit perlu banyak sabar dalam menghadapi kerenah si pesakit. Pelik gak aku ngan doktor nie.. Bagi ubat byk2 lepas tu kalau x jadi suruh kurangkan plak.. Kata jgn bagi pesakit tension.. Mana satu mau ikut daaa... Bagila doktor pakar check bini aku woii.. budak2 medical yang baru nak belajar yg dioerg baginye.. Dahla soal mcm2, tiap kali jumpa org lain, dtg bulan depan doktor lain, kalau mcm tu bagi aku jadi doktor jela. Kalau amik peksa pasal SLE komfirm leh lulus hehehee..

Emm berbalik pada rawatan alternatif. Ramai yang mencadangkan wife dirawat dengan perubatan tradisional le, Terapi aura le, alternatif le, urut le dan mcm2 lagi ar..Yg kiteorg nie ikut lar.. kalau berjaya alhamdulillah, kalau gagal ermmm mencari lagi. Ohh ya.. lupa sekarang nie tgh cuba Darul Syiffa.. Setakat nie yg aku tgk "benda" yg ada dalam bdn isteri aku nie kejap masuk n kejap keluar.. mcm iklan biskut pun ada gak.. kejap ada kejap xde.. Takut?? ermm seram je tapi biasa ar lelaki kena IMAN kuat beb.. Mak mertua aku smp tiga ari baru ilang takut.. Bak kata die " kaki mak nie Mie, kalau pijak tanah rasa cam x jejak je.. Lutut nie rasa gigil semacam".. Sian aku tgk mak mertua aku nie.. Sabar yea mak.. Selama wife aku sakit nie diala tempat mengadu aku selain mak aku yang tercinta.. Segala suka dan duka ditanggung bersama.. Thanks to my lovely MoMs..

Selain tu adala gak cuma satu produk kesihatan nie. Bagus gak ubat nie. Setakat nie aku rasa ubat nie antara yg terbaik. Ok ar kot bagi pesakit2 yang TAKUT makan ubat. Mana taknye.. ambik ubat n telan je.. Senang je kan.. Cuma satu jela.. ubat nie MAHAL.. tapi buatpe nak berkira sangat.. Kesihatan paling penting. Kalau dah sakit baru nak cari ubat ape cite? Syukur le selagi kita mempunyai badan yang sihat dan kuat masa kita masih muda.. Bila dah tua ermm mcm2 le penyakit mula datang.. Masa tu mulala cari ubat tula, ubat niela.. cucuk sana cucuk tang sini plak hehehe.. Masa sihat le kena banyak beringat.. Renung-renungkan..


KENAPA PENYAKIT LAMBAT SEMBUH?


"
MAKANAN KEPADA PENYAKIT IALAH PEMIKIRAN YANG NEGATIF"...(Prof B.Siegel)
"ORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF 10 KALI GANDA LEBIH PELUANG UNTUK MENDAPAT SAKIT BERBANDING ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF"



Ok ar.. stop sini dulu. Tujuan aku hanyalah untuk menyampaikan sedikit ilmu untuk manfaat kita bersama. Oleh itu teruskan membaca, semoga mendapat manfaat. Wassaalam..


Thursday, October 1, 2009

Sambungan Pasal SLE

Peluang kehamilan

Sebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.

  • * so far alhamdulillah.. baby makin membesar ngan sihat n wife slightly better.. tapi masih bergantung lagi ngan ubatle.. banyak plak tu.. sian plak aku tgk bini aku nie telan smp 20 bijik pil sekaligus.. pahit dahle.. senang katanye ar coz kalau nak telan sebijik sebijon brp lama nak abis.. now dah kurang sikit masuk ubat kat hospital cuma kena hantar darah ke hospital je tiap2 minggu ( maksud aku kena pantau keadaan darah)..
Ok la kali ni nak cerita pasal 20 bijik ubat yang bini terpaksa telan setiap hari. Memang tak menarik pun. Sekarang ni dah sampai mood malas makan ubat tapi aku layan jela die. Sampai dia bosan giler. Adala kekadang tu mengelat gak x makan satu dua jenis..

Prednisolone – Tak boleh ngelat mkn. Mesti makan kalau x badan lesu n penat je..
Perindopril (coversyl-g) – ni pun ubat hypertension. Kecik je.
Calcium carbonate
Calcitriol – yang ni sebenarnya vitamin
Pantroprazole – ni ubat gastrik. Ubat dah banyak perut pun tak tahan so kena la makan ubat gastrik jugak.
dan adala lagi ubat baru Wafferin untuk cairkan darah coz now ada certain tempat kat dalam badan wife aku lebam.. Doc kata darah beku so nak cairkan darah beku dieorg bagila mkn Wafferin jela.. Ada lagi tapi nantila.. kecik2 tulisan.. malas nak baca.. nanti kalau ada masa kiteorg bgtaula..

Ok ar kot.. dah ngantokksss ar plak.. sambung lagi.....